Kejayaan ke atas pasukan yang menghuni ranking ke-188 dunia berbanding skuad kebangsaan di tangga ke-178 diharap mampu memberi kegembiraan buat penyokong negara dalam usaha membina semula reputasi Malaysia di pentas antarabangsa.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe mengakui skuad kebangsaan masih tertekan untuk memburu kemenangan pertama sekali gus mengembalikan semula kepercayaan peminat kepada skuad Harimau Malaya.

“Buat masa sekarang kita tidak merasakan ini sebagai satu situasi cemas, namun tekanan tetap ada pada setiap pemain untuk meraih kemenangan,” katanya.

Skuad negara masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016.