Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Jurusolek Di Kecam Gara-Gara Bergambar Dengan Izreen

Dimuatnaik oleh Redaksi Admin pada March 29, 2018, 12:05 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Jurusolek Di Kecam Gara-Gara Bergambar Dengan Izreen

GARA-GARA memuat naik foto bersama pelakon Izreen Azminda di laman sosial Instagram, jurusolek yang dikenali dengan nama Naomi Larra menerima tempias kecaman netizen.

Sebelum ini Sheila Rusly turut mengalami nasib serupa kerana perkongsian gambarnya dengan Izreen selepas wanita kontroversi itu menutup sementara akaun Instagram miliknya.

Naomi, 33, berkata, dia terkejut apabila ruangan komen pada gambar tersebut dihujani dengan pelbagai kritikan dan kecaman menyelar tindakannya bergambar dengan aktres tersebut.

“Saya terkejut apabila menerima banyak komen berbentuk kecaman daripada netizen yang marahkan saya dan Izreen. Pelik pula apabila saya turut dikecam sedangkan itu hanyalah sekadar perkongsian hasil kerja saya sebagai seorang jurusolek.

“Gambar itu dirakam selepas saya menyolek Izreen untuk rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang menjalani penggambaran di sebuah pasar raya di Perlis, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Naomi turut meluahkan perasaan terkilan dengan sikap sesetengah individu yang terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Malah, dia turut kecewa dengan tindakan pengguna laman sosial yang tidak berhemah semasa meninggalkan komen dan menjadikan medium tersebut sebagai tempat untuk melepaskan amarah.

“Sejujurnya, saya rasa sedih apabila membaca komen-komen negatif itu, lebih-lebih lagi ia dituturkan oleh orang Melayu kita dan rata-rata mereka masih muda. Bukan Izreen sahaja dikecam, malah saya turut menjadi mangsa hinaan.

“Orang kata berdiam itu lebih baik kerana kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik isu ini dan kalau nak bagi nasihat gunakanlah bahasa yang sopan,” ujarnya.

Bercakap mengenai pertemuannya dengan Izreen pada petang itu, Naomi mendedahkan pelakon drama Bukan Wanita Sempurna itu menitiskan air mata ketika bercerita kontroversi tersebut

Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 22 Mac lepas.

Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza

sumber

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: HIBURAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·