Jom Cuba Green Tea Refreshers !
Tak semua orang sukakan rasa teh hijau. Jadi, cuba anda upgrade sedikit dengan resepi yang serius awesome ni! Tambahan pula Malaysia sekarang ni tengah musim panas, rasanya sungguh nyaman dapat menikmati minuman yang segar, sihat dan lazat. Hanya beberapa bahan sahaja diperlukan untuk menghilangkan dahaga anda. Jeng jeng jeng!
Anda perlukan:
- 3 uncang teh hijau
- 1/2 cawan air panas
- Sebiji kiwi
- Sebiji lemon
- Ais
- Maple syrup/madu
Caranya sangat senang. 3 uncang teh hijau diletakkan ke dalam kira-kira 1/2 cawan air panas. Biarkan selama 3 hingga 5 minit. Potong kiwi dan lemon. Lepas tu perah lemon yang lebih tu ke dalam gelas, tambah ais dan tuangkan teh hijau ke dalamnya. Nak tambahkan lagi kelazatan minuman tu apa kata anda tambah maple syrup, jus lemon, kiwi dan hirisan lemon. Gaul rata dan MINUM! Pergh! Layannyaaaaa…!
Komentar