Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor, Sahalmi Saib berkata, jika benar dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan margin simpanan air adalah mencukupi, beliau juga sepatutnya perlu menjelaskan perihal masalah bekalan air yang bagaikan tidak berpenghujung.

“Sekarang ini memang ada air, itu kita tidak nafikan tetapi apa akan jadi bila wujudnya masalah seperti kemarau. Waktu itu mereka akan buat catuan.

“Kerajaan negeri sepatutnya janganlah beri bebanan kepada rakyat. Merujuk kepada masalah bekalan baru-baru ini, yang paling terbeban adalah warga tua,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.