Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan telah menggubal dasar-dasar yang telah membawa kebaikan kepada rakyat dan jika perlu penambahbaikan, ia perlu dilaksanakan.

“(Dasar) Yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan atau dihapuskan.

“Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis syarahan perdana Hala Tuju dan Pendekatan Sejahtera dan pelancaran manisfesto Gagasan Sejahtera di sini malam ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata Pas dan Gagasan Sejahtera sedia bekerjasama dengan mana-mana parti sekiranya mereka bersetuju untuk menerima tawaran manifesto yang dikemukakan pihaknya.

Katanya, kerjasama tersebut bergantung kepada pihak yang boleh menerima syarat 20 tawaran yang dikemukakan oleh pihaknya dalam mementingkan konsep Islam.

“Pas sebagai king maker (penentu) dalam kerajaan, kita boleh bekerjasama dgn sesiapa sahaja tetapi lihat pada syarat mereka yang boleh menerima konsep kita,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi selaku Pengerusi Gagasan Sejahtera dalam ucapannya berkata, pihaknya menolak segala bentuk politik kebencian dan fitnah dalam menerajui kepimpinan negara.

Katanya, pihaknya selaku pembangkang membawa pendekatan yang membuka jalan kepada cara penyelesaian