Menurut Elmy atau nama sebenarnya Abdullah Helmy Abdul Moin itu, tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahirannya dan berharap ikatan mereka sebagai suami isteri berkekalan hingga ke hujung nyawa.

“Saya mengenali Irsa ketika sama-sama menuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pada 2008. Ketika itu saya mengikuti pengajian dalam bidang teater, manakala Irsa pula mendalami ilmu muzik.

“Walaupun mempunyai kecenderungan minat yang berbeza, tetapi ada banyak persamaan antara kami termasuklah mencintai bidang seni.

“Irsa masih aktif menyanyi dengan memenuhi undangan menjayakan persembahan di majlis-majlis korporat, cuma tiada rezeki untuk bergelar artis rakaman,” ujarnya.

Terdahulu, Irsa dan kakaknya, Irmiza pernah menganggotai duo Irmisa sewaktu program realiti tersebut diterbitkan untuk musim kesepuluh yang menyaksikan Faizul Sani diangkat sebagai juara.

Dalam perkembangan lain, Elmy bakal muncul menerusi telenovela Monalisa yang akan disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 20 Mac ini, pukul 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat sebanyak 80 episod. – UTUSAN ONLINE