Anak kelahiran Kangar, Perlis itu memberitahu Utusan Online, Fatin merupakan artis terbaharu di bawah syarikat rakaman tempatnya bernaung iaitu NAR Records dan kesempatan tersebut digunakan sebaiknya untuk menghasilkan lagu duet.

“Hari ini buat julung kalinya kami mempersembahkan lagu Rahsia Kita secara langsung di hadapan khalayak dan peminat.

“Saya harap, lagu duet pertama saya ini mendapat maklum balas positif sama seperti single-single terdahulu,” jelas Khai.

Dalam pada itu, Fatin yang merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mahu lagu duetnya itu menjadi platform yang memperkenalkannya kepada peminat muzik tempatan.