Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Tahap Keselamatan Myvi Baru Diiktiraf 5 Bintang.

Dimuatnaik oleh Encik P pada December 20, 2017, 6:49 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Tahap Keselamatan Myvi Baru Diiktiraf 5 Bintang.

PUTRAJAYA – Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Aminar Rashid berkata, sebagai syarikat ‘Orang Ramai Diutamakan’ Myvi baharu itu merupakan usaha terhebat setakat ini dalam menjamin keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menyampaikan sijil pengiktirafan itu pada Seminar “ASEAN NCAP: Ke Arah Autonomi” di Kajang, hari ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP untuk kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua menjadikan Myvi baharu kereta lima bintang,” kata Aminar Rashid.

Kereta baharu berkenaan, diuji dan dinilai berdasarkan protokol terbaru ASEAN NCAP 2017-2020, mencatatkan 32.71 mata daripada kemungkinan 36 untuk Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP), iaitu pematuhan 90.9 peratus dan 43.14 mata daripada kemungkinan 49 untuk Perlindungan Penghuni Kanak-Kanak (COP), mewakili 88 peratus pematuhan.

Penarafan keselamatan lima bintang digunakan untuk semua varian Myvi babaru, yang dilengkapi dengan empat beg udara, sistem brek anti-kunc dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan, titik lampiran untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak, sensor mengundur dan peringatan tali pinggang keselamatan untuk semua kerusi.

Selain itu, varian 1.5 dilengkapi dengan enam beg udara, manakala 1.5 Advance juga termasuk suite Bantu Keselamatan Canggih bagi sistem keselamatan aktif, yang terdiri daripada amaran praperlanggaran, brek praperlanggaran dan peringatan berlepas depan.

Aminar Rashid berkata, Myvi baharu itu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan tercanggih pada lingkungan harga ini.

“Malah, ia adalah kereta yang paling berpatutan dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu, kami memperkenal keselamatan aktif kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata, Myvi tersebut adalah kereta lima bintang Perodua yang kedua selepas Bezza.

Tahun lepas, ASEAN NCAP menganugerahkan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Terbaik dan Perlindungan Penghuni Dewasa Terbaik kepada Bezza dalam kategori kereta keluarga kecil.

“Semua kenderaan kami dinilai oleh ASEAN NCAP dan mematuhi pelbagai peraturan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

SUMBER

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: TEKNOLOGI

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Kerajaan Akan Tumbang Jika Gagal Mengotakan Janji – Tun Mahathir
  • Suhaimi Saad Disingkirkan Dalam Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM
  • “Rafizi Kata Perbuatan Bersatu Macam Kerja Kutip Sampah”, Abdul Rahim
  • BMW Hangus 100%, Pemandu Rentung Sukar Di Kenalpasti
  • Micro Sleep : Kenali Simptom Serta Cara Atasinya
  • Gerun! Kala Jengking Dalam Pesawat!
  • KDN Pantau Modus Operandi Jual Al-Quran Online
  • Piala FA : Keputusan Suku Akhir City vs Newport County
  • Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2018
  • Gempar! Syed Saddiq Dakwa Leher Di Cekak Exco Pemuda UMNO

POPULAR

  • Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
    Terkini : Harga Minyak Mingguan 16 Februari Hingga 22 Februari 2019
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
    DAP Tidak Teragak-Agak Tinggalkan PH - Lim Kit Siang
  • Senarai  Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
    Senarai Baru Senator & Ahli Parlimen Sertai Bersatu
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • George H.W. Bush Meninggal Dunia
    George H.W. Bush Meninggal Dunia
  • Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
    Teguran Daim, Dr. Mahathir Perlu Buat Perubahan
  • Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
    Tak Usah Naik Gaji, Nanti Kos Semua Naik - Tun M
  • 3 ADUN Johor Sertai Bersatu
    3 ADUN Johor Sertai Bersatu
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·