Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Felda United Dibuang Ke Liga Perdana, Gagal Dapatkan Lesen.

Dimuatnaik oleh Encik P pada December 4, 2017, 6:18 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Felda United Dibuang Ke Liga Perdana, Gagal Dapatkan Lesen.

felda inited

 

PETALING JAYA: Felda United mendakwa skuad itu bakal diturunkan ke Liga Perdana selepas mereka tidak diberikan lesen kerana sebab-sebab pelik.

Menurut sumber dalaman Felda United, pasukan berkenaan sebelum ini telah memenuhi apa sahaja syarat untuk melayakkan mereka mendapatkan Lesen Kelab dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun kehadiran mereka di Liga Super tidak menyenangkan pihak tertentu sehingga alasan pelik diberikan untuk memastikan tiada aksi Felda United di Liga Super musim depan.

“Julai lalu kami sudah menghantar semua dokumen yang disyaratkan. Keputusan selepas itu gagal dan perlu membuat rayuan kerana tidak lengkap berkaitan dengan audit.

fmllp

“Kami membuat rayuan dan menghantar kembali laporan audit yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan.

“Mereka kembalikan kepada kami kerana tidak ada pengesahan audit kepada kami, dan pada tarikh yang sama juga kami hantar balik selepas mendapat pengesahan.

“Alasan mereka kami terlewat hantar adalah sangat tidak munasabah kerana secara keseluruhannya kami sudah memenuhi 99 peratus syarat-syarat untuk mendapatkan lesen,” ujar sumber tersebut kepada mStar Online.

Jelasnya, ia dianggap satu penganiayaan kepada Felda United yang telah membuktikan kemampuan mereka dengan memberikan saingan terbaik pada musim ini.

“Apa yang tidak cukup dengan Felda United? Kami ada akademi sendiri, kami tidak ada isu gaji jika dibandingkan dengan persatuan negeri yang lain.

“Memang kami tidak berpuas hati. Alasan agak pelik! Kami menunggu penuh harapan untuk mendengar keputusan positif, tetapi sebaliknya yang diterima,” katanya.

Bagaimanapun keputusan rasmi mengenai kedudukan Felda United di Liga Super akan diumumkan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Bola Sepak Malaysia (FMLLP) pada pukul 2 petang Isnin.

Sebelum ini, skuad bimbingan B.Sathianathan itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, namun  terpaksa menunggu ‘budi bicara’ FMLLP supaya mereka tidak jatuh ke Liga Perdana.

SUMBER

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: SUKAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·