Arsenal kena lauk dengan Manchester United.
Arsenal 1-3 Manchester United: Jesse Lingard menjaringkan dua gol untuk kemenagan United, tetapi Paul POgba dilayangkan kad merah.
United tidak pernah menang perlawanan besar di tempat lawan semenjak Mourinho menjadi pengurus.
Antonio Valencia menjaringkan gol di awal permainan, kemudian Lingard menjadikan 2-0 dalam masa 12 minit perlawanan berlangsung.
Arsenal cuba merapatkan jurang gol apabila Lacazette menjaringkan gol. serangan bertali arus Arsenal memaksa penjaga gol United De gea bekerja keras untuk menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi.
Pada minit ke-63, Lingard sekali lagi menjadi pemusnah Arsenal dengan gol peribadi ke-2, hasil gerakan menarik bersama Martial.
Paul Pogba dilayanglan kad merah pada minit ke-74 kerana memijak kaki Hector Ballerin.
Arsenal melancarkan serangan bertali arus namun tidak bernasib baik,percubaan mereka banyak diselamatkan oleh kecekapan De gea.
United membawa pulang 3 mata untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga Manchester City yang akan melayan kunjungan West Ham United.
Komentar