Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Zizan Razak kemalangan di set pengambaran

Dimuatnaik oleh Encik P pada November 21, 2017, 11:21 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak memberitahu keletihan dan sikap terlalu kuat bekerja punca dia mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 pada Isnin.

Zizan, 33, turut mengakui dia tidak mengambil berat tentang kesihatannya kerana komitmen diberikan terhadap karya itu selain sedar jangkaan peminat terhadapnya tinggi.

“Alhamdulillah kecederaan yang saya alami tidak serius hanya ringan sahaja dan ia berlaku pun kerana salah sendiri yang terlalu kuat bekerja dan letih.

“Komitmen saya terhadap Polis Evo 2 memang tinggi kerana saya sedar jangkaan dan harapan peminat juga sama sehingga terlupa tentang kesihatan diri sendiri.

“Jangan bimbang saya okay dan produksi pun minta saya berehat sahaja hari ini sebelum sambung kembali penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

 

Pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini menerusi Instagram mendedahkan mengalami kecederaan ringan selepas menjalani babak aksi filem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Pelakon itu juga turut meletakkan tanda pagar #kitaok sebagai makluman kepada peminat dia tidak mengalami kecederaan serius.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia mula berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu namun tetap berdegil meneruskan penggambaran yang banyak melibatkan babak aksi.

Kata Zizan, kejadian pada Isnin adalah kemuncak apabila dia tiba-tiba berasa pitam sebelum rebah sehingga dia mengalami cedera ringan.

“Dalam fikiran saya satu sahaja iaitu ingin memberikan persembahan terbaik menerusi Polis Evo 2 dan memang tak fikir benda lain dah.

 

“Beberapa filem lakonan saya sebelum ini mendapat sambutan baik daripada penonton dan rasa tanggungjawab untuk beri lebih baik itu juga tinggi.

“Tetapi semalam adalah kemuncak apabila tiba-tiba rasa pitam sebelum jatuh. Nasib baik tiada apa yang serius dan hanya perlu berehat bagi mendapat kembali tenaga,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi Instagram, Zizan turut meminta kepada semua agar penonton lebih menghargai karya tempatan kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah filem.

“Jadi, nasihat Zizan kepada semua, tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem.

“Hari ini, Zizan cedera dalam satu babak aksi. Doakan Zizan cepat sembuh… Amin,” tulisnya.

SUMBER

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: HIBURAN

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
    Isu Kuil : 30 Individu Kembali Tunjukkan Bantahan
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·