Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Minta Maaf Kerana Rompak Bank. Perompak Yang Baik Hati.

Dimuatnaik oleh Admin pada September 8, 2017, 12:34 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Minta Maaf Kerana Rompak Bank. Perompak Yang Baik Hati. BANGKOK: “Saya minta maaf, saya ada masalah kewangan,” kata seorang lelaki bersenjata kepada seorang juruwang di Bank Thanachart yang terletak di Rama III Road, Khamis sebelum melarikan wang berjumlah Bt270,000 (RM34,254).

Lelaki berusia kira-kira 30 tahun itu mengambil masa kira-kira satu minit untuk merompak juruwang di cawangan Bang Khlo Laem kira-kira pukul 8.52 pagi.

Saksi memberitahu polis bahawa lelaki itu memakai sarung kepala yang kadang kala dipakai oleh penunggang motosikal sebelum memakai topi keledar.

Timbalan pesuruhjaya polis metropolitan Surachai Kuandechakup berkata suspek menghampiri juruwang berkenaan, menunjukkan senjata yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya dan menuntut agar wang diberikan kepadanya.

“Suspek meminta maaf dan memberitahu bahawa dia mempunyai masalah wang,” kata Surachai.

Dia kemudian meletakkan wang itu ke dalam begnya dan keluar dari bank secara senyap-senyap.

Malah pengawal keselamatan menolong membuka pintu untuknya, kerana menganggap dia adalah seorang budak penghantar.

Surachai berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan suspek kepada juruwang tersebut, dia bukanlah seorang penjenayah profesional.

Seorang pengawal keselamatan bank memberitahu pihak polis bahawa wajah perompak terbabit seperti biasa dilihatnya dan bermungkinan adalah pelanggan bank.

Polis sedang memeriksa kamera keselamatan bank untuk mengenal pasti perompak tersebut dan membuat lakaran.

Beberapa saksi berkata mereka dapat melihat dengan jelas wajahnya yang tidak dilindungi.

Baca juga : 14 Polis Di Gantung Tugas Sebabkan Kematian Tahanan

Baca juga : Siapa Sebenarnya Mukhriz Mahathir?

Polis berkata lelaki bersenjata itu memakai baju dan seluar hitam.

Dia masuk ke dalam bank sambil membawa beg dan berkelakuan seperti pelanggan biasa.

Suspek kemudian mengacukan pistol kepada juruwang dan menuntut wang tunai. – The Nation/Asia News Network – BULETINDUNIA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: DUNIA, INFO

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Pacuan Empat Roda Rempuh Penunggang Motosikal Di Bawah Jejantas
  • 19 Tahun Menghilang, Mayat Jasmina Dominic Di Temui Dalam Peti Sejuk
  • Tragis! Perjalanan Pergi Sekolah Bertukar Maut
  • BERSATU Gerik Bubar Jawatankuasa Bahagian
  • Syarat BSH ‘Tidak Masuk Akal’, Rintihan Warga Emas
  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·