Hanya UMNO dan BN Mampu Jadikan Mukhriz Perdana Menteri – Raja Petra Kamaruddin.
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mempunyai pilihan selain UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang merupakan laluan mudah untuk menjadikan anak lelakinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri pada masa depan.
Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, hal ini bermaksud Mukhriz perlu dibenarkan kembali ke dalam UMNO serta BN dan diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Katanya yang juga pengendali portal Malaysia Today, bagi memastikan Mukhriz tidak kelihatan seperti satu ancaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mukhriz boleh dijadikan Menteri Kewangan seperti yang dirancang bekas Perdana Menteri itu.
“Perlu diingatkan, Dr. Mahathir pernah berkata, Perdana Menteri tidak sewajarnya menjadi Menteri Kewangan juga, jadi Mukhriz boleh menjadi Menteri Kewangan sebagai hadiah ‘sagu hati’ atau ‘pingat gangsa’,” katanya menerusi laman portal itu, www.malaysia-today.net hari ini.
[irp]
Raja Petra menambah, apabila sudah menjadi Menteri Kewangan, seseorang itu akan merangkak sehingga ke peringkat menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang pernah dilakukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Perdana Menteri kedua Singapura, Goh Chok Tong dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Beliau memberitahu, Dr. Mahathir tidak mempunyai masa banyak seperti yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew untuk anaknya, Hsien Loong. Hanya UMNO dan BN Mampu Jadikan Mukhriz Perdana Menteri.
[irp]
Mukhriz Hanya Mampu Jadi PM melalui UMNO dan BN.
Bagi seluruh umat manusia di muka bumi ini, antara jawatan yang paling diidamkan adalah untuk menjadi ketua buat sesebuah negara. Tanyalah sesiapa sahaja, cita-cita ini sentiasa menjadi keutamaan mereka walaupun pada hakikatnya, bukan semua orang dapat merasai detik ini. Paling utama, tugas yang dipikul oleh seorang Perdana Menteri bukanlah ringan seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak.
Perkara ini pastinya bermain dibenak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang pernah dianggap sebagai salah seorang pemimpin pelapis negara berikutan pengaruh yang dibawa oleh ayahnya selaku bekas Perdana Menteri. Pastinya, sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri, impian ini sentiasa segar dalam fikirannya dan beliau akan sentiasa cuba mencari jalan untuk menggapainya.
[irp]
Namun begitu, pilihannya untuk berada di luar UMNO disifatkan oleh ramai pihak, bukanlah satu tindakan yang bijak. Dengan memilih untuk terus memikul perjuangan songsang bapanya, beliau yang kini Naib Presiden jawatankuasa penaja PPBM dilihat sedang tenggelam dalam perjuangannya yang tidak dapat dipastikan hala tujunya.
Hanya UMNO dan BN Mampu Jadikan Mukhriz Perdana Menteri . Mengulas tentang hal ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO sentiasa mengalu-alukan Mukhriz untuk menyertai semula UMNO jika bekas beliau benar-benar bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Ulasan ini dikeluarkan ketika beliau ditemui pada sidang media di PWTC baru-baru ini.
Ujar beliau lagi, tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan UMNO dan berpatah balik kepada parti berkenaan, bukan sesuatu perkara yang baru. Sebelum ini Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah juga pernah meninggalkan UMNO hanya kerana tidak mempunyai persefahaman lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 dan dan seterusnya menubuhkan parti Semangat 46.
Hanya UMNO dan BN Mampu Jadikan Mukhriz Perdana Menteri – Raja Petra Kamaruddin
Semasa berada di luar UMNO, Ku Li membawa partinya bersahabat dengan PAS dan DAP melalui dua persefahaman politik berasingan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat. Namun kedua-duanya menemui kegagalan sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk kembali kepada UMNO 1996.
[irp]
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyatakan, andai Mukhriz berasa mahu kembali menyertai parti berkenaan, UMNO tidak mempunyai apa-apa masalah dan mengalu-alukan kepulangannya. Malah, beliau juga menegaskan, perlawaan ini tidak hanya terhad kepada Mukhriz malah ianya terbuka kepada sesiapa sahaja.
Sambil tersenyum beliau berkata, andai benar Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri, ianya bukan satu perkara yang mustahil malah boleh dibincangkan kelak. Apa yang diperlukan Mukhriz kini adalah kembali mengambil semula semangat UMNO dan pihak UMNO serta Mukhriz bersedia untuk melupakan sebarang sengketa yang timbul sebelum ini.
Komentar