Mangsa, Kamal Valmiki daripada kasta yang paling rendah di India iaitu Dalit, dijumpai tergantung dalam bilik tahanan kelmarin selepas dia ditahan kerana disyaki terlibat dengan rompakan di Kanpur, utara Uttar Pradesh.

Ahli keluarga mangsa kemudian mendakwa salah seorang daripada pegawai itu mendera Kamal sehingga mati sebelum menggantung mayatnya seolah-seolah mangsa telah membunuh diri. – AFP