Buletindunia®

BuletinDunia.Com | Laman Informasi Dunia Anda.

  • HOME
  • INFO
    • DUNIA
    • MALAYSIA
    • INDONESIA
  • HIBURAN
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • Policy
  • Hubungi
  • TIM

Kereta Vellfire Che Ta Kena Curi.

Dimuatnaik oleh Admin pada August 9, 2016, 11:59 pm

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Macam-macam orang buat sekarang ini untuk mendapatkan duit mudah termasuklah dengan mencuri. Kali ini yang menjadi mangsa adalah artis dan pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta.

che-ta-1

SUBANG JAYA – Pihak polis telah mengesan dua individu yang dipercayai terlibat mencuri Toyota Vellfire milik pelakon Rozita Che Wan 43, atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang dilaporkan hilang di kediamannya di USJ 11 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata individu berkenaan dikesan memasuki kawasan kondominium itu pada pukul 4 pagi.

“Pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 11 pagi dan hasil penelitian pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir kondominium itu mendapati terdapat dua individu memasuki kawasan berkenaan pada pukul 4 pagi.

“Kedua-dua individu itu berjalan kaki dan beberapa minit kemudian rakaman CCTV menunjukkan kenderaan milik pelakon berkenaan merempuh palang keselamatan untuk keluar dari kawasan parkir sebelum beredar dari situ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Che Ta menyedari kehilangan kenderaan MPV itu ketika beliau mahu keluar untuk bekerja pada pukul 10 pagi.

Mohammad Azlin meminta orang ramai yang menjumpai kenderaan berkenaan yang bernombor pendaftaran WWQ 93 dan berwarna hitam agar segera menghubungi balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu Pengurus Rozita, Afeeq Ignarcio ketika dihubungi Bernama berkata Che Ta meninggalkan keretanya di kawasan parkir semalaman dan menyedari kehilangannya pagi tadi.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu siasatan polis,” katanya.

Che Ta menerusi akaun rasmi Instagramnya meminta mana-mana individu yang menjumpai kenderaannya agar menghubungi Afeeq di talian 012-6160949. – BERNAMA

 

#Repost @afeeqiqnarcio with @repostapp ・・・ PERHATIAN❗❗❗, sesiapa yang ternampak VELLFIRE WARNA HITAM NOMBOR PLAT WWQ93 SILA HUBUNGI 012 616 0949 (afeeq) KERANA VELLFIRE MILIK @rozitachewan1 telah di curi oleh insan yang tidak bertanggungjawab pagi tadi. di harap semua pihak dapat repost dan membantu untuk viralkan. semoga segalanya dipermudahkan dan che ta dapat semula kereta tersebut. thank you!

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on Aug 8, 2016 at 9:22pm PDT

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: MALAYSIA

Komentar Cancel reply

#TERKINI

  • Dari Beri Subsidi Petrol Bersasar, Baik Naikkan BRIM, Jadi Rakyat Boleh Berbelanja – Najib Razak
  • Keputusan Pusingan Kelima Piala FA
  • Zaidi Yusop Kartunis Hello Boss Meninggal Dunia
  • “Tolak, Tolak! Penipuan! Tolak, tolak! Ijazah Palsu!”
  • Gempar : Hotel Terbakar Di Mekah
  • Kemalangan : Pasangan Kekasih Maut Bertembung Mercedes Benz
  • Terkini : Tok Mat Hilang Kerusi DUN Rantau
  • Gempar! Temuan Mayat Reput Di Kawasan Paya Nipah
  • Isu Penggunaan Vaksin
  • 12 Ahli Sindiket Dadah Tumpas!

POPULAR

  • Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
    Menteri Pendidikan, Maszlee Malik Letak Jawatan.
  • Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
    Ketua Bahagian Bengang, Mahu Syed Saddiq Di Singkirkan
  • Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
    Ketua BERSATU Arau, Ameir Hassan Letak Jawatan?
  • Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
    Siti Kasim Menempelak Syed Saddiq
  • Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
    Senarai Individu Terlibat Dalam Rombakan Pentadbiran Awam
  • Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
    Kerajaan PH Terus Pengaruhi Rakyat Burukkan Nama Saya - Najib Razak
  • ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
    ECRL : Batal ke tidak, tidak ke batal? - Najib Razak
  • Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
    Lompat Parti : Tan Sri Radzi Sertai BERSATU
  • Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
    Apalah Nasib Peneroka Seperti Kami....
  • Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
    Sudan Selatan : Hampir Tiap Hari Wanita Jadi Mangsa Rogol
blog

Copyright © 2019 · Buletin Dunia Dot Com ·